Siapa Dalam hati

Availability: SKU: LN0101

Soal hati bukan senang dimengerti

RM27.00

Quantity:
Category: .

Product Description

TAJUK : SIAPA DALAM HATI
PENULIS  UJI NORIZQI
ISBN N0: 978-967-0907-48-2

BLURB:

“Abang nak jaga Aathi.” – Zuhair

“Masih boleh jaga walaupun tak sebumbung.” – Aathifah

“Tak sama bila Aathi dah jauh dari mata abang.” -Zuhair

NUR AATHIFAH AMNI… Rasa yang hadir sakitnya menghentam dada. Lebih perit apabila ia gagal diluahkan.

ZUHAIR AIDID… Siapa sebenar bertakhta dalam hati? Dia keliru dengan perasaan sendiri.

SYARMILA… Isteri ekspres? Perkahwinan tanpa cinta? Bangkang! Bukan dia orangnya untuk dijadikan calon.

ADZIM KHAIREE… Jika hati dah suka, kejar sajalah bunga idaman. Putus asa bukan moto hidupnya.

“Abang berniat lindungi Aathi, lalu lafazkan ijab dan kabul. Ibaratnya kita mahu belayar tapi sauhnya tak diangkat. Kita berada pada takuk sama sehingga ke akhirnya. Matlamat ada, tapi jalannya tiada.” – Zuhair

“Kan abang dah cakap kita sama-sama berusaha. Sekalipun sauh itu terlalu berat, kita mampu dengan keizinan Allah. Yang penting sekarang niat kita.” – Aathifah

Menukar suatu perhubungan yang tercipta sejak kecil kepada ikatan halal bukanlah satu percaturan buat mereka.  Tiada sebarang perjanjian kerana jiwa saling mengiakan. Mereka berusaha memaknakan erti cinta dalam pelayaran mereka walaupun sedar akan ada ribut taufan yang bakal melanda.

Berjayakah kisah daripada sayang ini bertukar cinta? Bagaimana pula dengan insan yang mendampingi mereka, yang mahu meraih cinta? Perlukah wujud saling mempergunakan atau harus ada pengorbanan? Kalau tentang hati memang sukar difahami. Hanya mereka berdua yang bisa mengerti.

Category: . 

Additional Information

Weight 450 g