Saya Sayang Awak

Availability: SKU: LN0092

Hanya kerana tiga perkataan itu kita terpisah…

RM30.00

Quantity:
Category: .

Product Description

TAJUK: SAYA SAYANG AWAK
PENULIS: FAZILA ADAM
ISBN N0: 978-967-0907-38-3

Blurb

Arleena Sofea… Gadis tinggi lampai dan ceria, sentiasa menggamit mata lelaki-lelaki yang memandangnya.  Muhammad Ryzal… Sejak mengenali Arleena Sofea gadis itu sering diburu. Baginya gadis itu ibarat permata yang cukup tinggi nilainya.
Ian Rayyan… Baginya kata-kata suka, sayang dan cinta mahal harganya. Tidak perlu dilafazkan. Cukuplah dengan perbuatan dan layanannya kepada gadis idaman.  “Be mine?” – Ryzal

Arleena Sofea buntu. Kenapa setelah kata putus diambil semuanya berubah? Kenapa saat dia menantikan jawapan, lelaki itu hanya mendiamkan diri? Setelah dia berumah tangga, kenapa dia selalu menjadi tempat amukan lelaki itu? Dia reda dengan bebanan yang digalas di bahunya, asalkan lelaki itu bahagia.

Sikap bersahaja Arleena membuatkan Ian Rayyan semakin benggang. Hatinya tidak tega hendak menyakiti gadis pujaannya namun rasa benci dan marah dalam dirinya tidak dapat dikawal. Rasa cinta yang ada tidak dapat dipadamkan. Daripada terus menyakiti gadis itu, lebih baik dia mengundur diri. Tanpa pesan dia menghilang.

“Seorang isteri hanya perlukan pelindung dirinya. Bukan harta yang melimpah ruah. Cukup, jika suami mampu menjadi imam. Memimpin makmun di belakangnya.” -Arleena Sofea Setelah ditimpa satu peristiwa, Arleena Sofea nekad. Hidup harus diteruskan. Kasihan kepada sahabat yang sentiasa memberi semangat kepadanya. Pengorbanan Nina harus dibalas. “Dulu saya hanya terlewat mengungkap kata. Kali ini dia tidak akan saya lepaskan.” – Ian Rayyan

Benar, hati perempuan itu rapuh. Sekali terlerai parutnya sukar dicantum. Lumrah manusia, Arleena juga mahu bahagia. Namun, adakah bahagia itu ada untuknya? Sanggupkah dia membawa gelaran baru dirinya buat selama-lamanya? Adakah rasa cinta itu masih ada dalam hati setelah sekian lama si dia menunggu? Adakah bahagia selepas derita?

Category: . 

Additional Information

Weight 560 g