Red Velvet – Acik Lana

Availability: SKU: BE 0001

Mungkin dia tak sweet macam kek bergula.
Tak berharta seperti putera raja
Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.

RM25.00

Quantity:
Category: .

Product Description

Tajuk : RED VELVET
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Booku Enterprise
No. ISBN:- 978-967-12860-2-9
Harga Semenanjung : RM25

SINOPSIS:-

Bagi Helena, cinta tak kenal siapa.
Jadi bila hati dah terpaut kepada suami orang,peduli apa dengan umpat keji manusia keliling pinggang?
Yang penting dia bahagia, hanyut dalam cinta dan tekad memilih Fareeq sebagai suami.

Tapi Fareeq tak berpegang pada janji, dan Helena kecewa setengah mati.
Dan kala itu pertemuan dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat menambahkan kekusutan di kepala.
Baker ‘bajet’ hot di bakeri cabuk itu memang suka cari gaduh! Lagi teruk apabila keadaan memaksa Helena bekerja di bakeri itu bersama Izzat.

“So? Kalau tak nak gemuk, kenapa kau sibuk nak tidur baring,
makan minum dekat rumah ibu aku?Pergilah tidur
tepi jalan, confirm kau boleh kurus, kan?” – Izzat

Daripada perasaan benci, meluat dan menyampah, tiba-tiba hati mereka saling bertaut.
Dan ketika indah menyulam cinta, rahsia Helena terbongkar.
Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Aku tak boleh pandang muka kau lagi, aku benci! Sebab perangai kau memang tak ada beza langsung dengan perangai perempuan keparat yang dah lukankan hati Ibu aku!- Izzat

Sekali lagi Helena patah hati, Dia betul-betul cintakan Izzat, Tapi kemaafan lelaki itu terlalu mahal harganya. Mampukan cinta si baker dan ex-homewrecker bersatu semula?

Category: .