Raya=Aidil+Fitri & The Sweetest Stranger

Availability: SKU: NMP 0006

Raya=Aidil+Fitri & The Sweetest Stranger

RM30.00

Quantity:
Category: . Tag: .

Product Description

TAJUK: Raya=Aidil+Fitri & The Sweetest Stranger
PENULIS : YUMI HYRA & AIZA QRISELDA(AQ)
ISBN :978-967-14487-6-2
HARGA : RM 30.00

BLURB:-

RAYA=AIDIL+FITRI oleh YUMI HYRA

“She is loveable.” – Datin Mariam
Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya.
“Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!” – Fitri
Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!
“Budak kecik! Mulut macam popcorn!” – Aidil
Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.
“Aidil, Fitri… macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah.” – Ayman
Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?
.
.
THE SWEETEST STRANGER oleh AIZA QRISELDA (AQ)

“Kenapa hati semakin ingin melupakan kenyataan yang terbentang di depan mata?” – Syawaliah
“Do you love her?” – Rejab
“Does it kill you?” – Adan
“Aku kisah apa Rejab atau Adan? Yang penting aku tak boleh kalah di tangan Syawaliah!” – Nadira
Antara cinta dan benci, antara dendam dan kemaafan, antara adik-beradik dan sepupu, siapa yang akan tertewas, siapa yang akan menang?
Benarkah, air dicencang tidak akan putus? Mampukah bulan Ramadhan yang penuh indah dan barakah membawa keinsafan? Atau khilaf yang sedia ada mengaburi segala deria?
“I’m a broken guy, Sya.” – Adan
“Then, I’m a broken girl. Help me to fix yours and I’ll help you to fix mine.” – Syawaliah
Rejab, Ramadan, Syawaliah dan Nadira… Selami hati mereka di dalam The Sweetest Stranger.

Category: .  Tag: .