Oh, Boy!

Availability: SKU: LN0098
TAJUK: OH, BOY! PENULIS: DEKNA LEE ISBN N0: 978-967-0907-44-4 BLURB : Hero, seperti namanya tentulah dia seorang ‘hero’. Nakalnya tak terampun. Asyik keluar masuk jel. Sedang diangkut trak polis pun dia masih boleh mengurat anak dara orang. Dengan tangan yang masih bergari pula tu! “Isy! Gatal betul mamat ni. Tak sedar ke yang dia kena [...]

RM27.00

Quantity:
Category: .

Product Description

TAJUK: OH, BOY!
PENULIS: DEKNA LEE
ISBN N0: 978-967-0907-44-4
BLURB :

Hero, seperti namanya tentulah dia seorang ‘hero’. Nakalnya tak terampun. Asyik keluar masuk jel. Sedang diangkut trak polis pun dia masih boleh mengurat anak dara orang. Dengan tangan yang masih bergari pula tu!

“Isy! Gatal betul mamat ni. Tak sedar ke yang dia kena angkut dengan trak polis?” – Fatiha

Fatiha rasa tak selesa dengan gangguan psikologi oleh banduan di atas trak polis di hadapannya. Ingatkan di situlah tempat terakhir mereka akan bertemu. Sewaktu hendak mengikat jamin abangnya, mereka bertemu lagi. Kali ini Hero berani ambil kesempatan ke atasnya. Di hadapan ayah tiri lelaki itu pula tu! Memang gila!!!

“Minta maaf sekarang!” – Inspektor Ismail

“Minta maaflah sebab dah tercium kat tempat yang salah. Next time, tepat dekat sini.” – Hero

Fatiha geram. Siapa sangka, rupanya Hero itu rakan abangnya, Izzul yang telah lama terpisah. Apa lagi, semakin keraplah mereka bertemu. Izzul dan Hero membuat keputusan untuk mengubah cara hidup mereka dengan mencari kerja.

Walaupun dilayan acuh tak acuh oleh Fatiha, Hero tetap gigih mendekati gadis idamannya dengan pelbagai cara. Tak kisahlah kalau Fatiha mahu menjelingnya sampai bila-bila. Dia suka jelingan gadis itu.

“Abang sebenarnya dapat nampak masa depan kita sebagai suami isteri. Ti’ah pilih barang, abang tolak troli. How sweet…” – Hero

Fatiha naik menyampah dengan angan-angan Hero itu.

Sebaliknya Hero pula serius dengan kata-katanya. Dia berusaha untuk mengubah hidup demi masa depannya dengan Fatiha. Namun satu demi satu masalah menimpa, menyebabkan semua orang yang dia sayang meragui kemampuannya untuk berubah.

Satu kejadian hitam telah berlaku menyebabkan Hero dipulaukan oleh semua orang, termasuk Fatiha sendiri. Hero yang terlalu kecewa bertindak untuk pergi demi kebaikan semua orang. Saat itu, barulah Fatiha tahu menghargai. Hero tidak pulang lagi…

Category: . 

Additional Information

Weight 500 g