Mr Crush – Adnil Zaff

Availability: SKU: NMP 0004

Biarpun terpisah oleh waktu,
Biar dendam memburu,
Cinta kita pasti akan bersatu…

RM35.00

Quantity:
Category: . Tag: .

Product Description

TAJUK: MR.CRUSH
PENULIS: ADNIL ZAFF
ISBN : 978-967-14487-4-8
HARGA : RM 35.00

BLURB:-

“Hah… itu perempuan sudah tolong sama lu.” – Pekerja Econsave
“Okey. Terima kasih ya, auntie.” – Raid
Itulah kali pertama Raid dan Fareena bertemu. Di sebuah pasar raya. Saat Raid terpinga-pinga memilih barang wanita untuk si adik kembarnya, dalam diam Fareena membantu. Bukan sembarang barang. Berkepak pula tu!
Malu, namun kali pertama itulah yang menerbitkan cinta dalam hati. Berkali-kali mata memandang, hingga si gadis tidak keruan.
“Akka.. itu kondom. Bukan gula-gula.” – Gadis juruwang
“Opss! Sorry, I tak baca tadi.” – Fareena
Rupa-rupanya gadis itu guru Matematik Edin, sepupunya. Dalam masa yang sama, Edin juga cuba merapatkan mereka. Sayangnya, Fareena agak dingin biarpun salam perkenalan sudah bersambut.
Sejak kebenaran terbuka, Raid cuba berlagak dingin agar dia dapat melepaskan impiannya. Kecewa. Cinta yang berputik tidak seharusnya dibiarkan berbunga. Cuma, dia tidak pernah tahu bahawasanya Fareena sedang bergelut untuk melepaskan diri daripada cengkaman Hairi, teman lelaki yang tidak pernah dicintainya.
Setahun berlalu. Fareena masih tidak dapat melupakan ‘Mr. Crush’ yang pernah datang menyapa. Tempoh yang diberikan kepada Hairi sudah tamat. Maka dia nekad untuk mencari apa yang diinginkan oleh hatinya sendiri.
Sesungguhnya cinta itu membutakan. Raid dan Fareena… sama-sama saling jatuh cinta. Namun tidak mudah cinta mereka. Mereka bergelut dengan dugaan dan ujian. Bagaimanakah untuk mereka melepasinya?
Bagi lelaki seperti Raid, berpantang maut sebelum ajal. Dan untuk wanita seperti Fareena, setelah diberikan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki, susah atau senang dia akan tetap bertahan. Adunan dua prinsip itulah yang menguatkan mereka berdua untuk menggapai matlamat bahagia.

Category: .  Tag: .