Mimpi Yang Sempurna

Availability: SKU: LN0094

Kupeluk jasadmu dalam bayangan,
tiada teras namun kubahagia…

RM28.00

Quantity:
Category: .

Product Description

TAJUK: MIMPI YANG SEMPURNA
PENULIS: AIZA QRISELDA (AQ)
ISBN N0: 978-967-0907-40-6

BLURB:

Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi… akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka.

Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda… Gadis… Beza umur 14 tahun.

Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila.

‘Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!’ – Wardah

Tapi Wardah lupa, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Bila saat itu tiba, kenapa dia perlu rasa sakit? Bertahun-tahun dia cuba melupakan dan pada saat dia percaya diri pulih sepenuhnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu.

“…you left that day without a word! Now you’re standing in front of me with this burden and what do you expect me to do???” – Wardah

“I didn’t mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here.” – Haiman

Sungguh dia tersepit antara kehendak hati dan akal.

“Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you.” – Haiman

Lalu di mana pengakhirannya kisah mereka? Fighting with someone attached to your heart for many years, is never been easy…

Category: . 

Additional Information

Weight 550 g