Jangan Cintai Aku

Availability: SKU: LN0096

Tiada cinta tanpa kemaafan, dan tiada kemaafan tanpa cinta…

RM29.00

Quantity:
Category: .

Product Description

TAJUK: JANGAN CINTAI AKU
PENULIS: EYLA HIME
ISBN N0: 978-967-0907-43-7

Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan.

Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya.

“Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah?” – Tariq

Tariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat.

“Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila.” – Durrah

Mana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.

Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.

Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?

Category: . 

Additional Information

Weight 550 g