Bibik Milenium Balik Dubai

Availability: SKU: LN0154

Khalis ikut sekali?

RM18.00

Quantity:

Product Description

TAJUK MINI NOVEL: BIBIK MILENIUM BALIK DUBAI
PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN
HARGA: 18.00
ISBN: 978-967-2185-41-3

BLURB:

“Macam mana nak buat bie setuju…” – Suhaila Aileen

“Sayang kan bijak. Mesti ada cara nak buat bie setuju tanpa banyak soal.” – Khalis Aiman

“Bie… jangan cakap tak nak. Nanti sayang…” – Suhaila Aileen

“Tak payah nak ugut nak gigit jari. Dah basi.” – Khalis Aiman

“Kalau sayang…” – Suhaila Aileen

“Sayang ugut nak pakai bikini atau nak jadi naked bibik? Lagi bie suka… sangat dialu-alukan. Sekarang pun boleh.” – Khalis Aiman

Setelah sekian lama, Suhaila kembali menjejakkan kaki ke Dubai. Kali ini dia ditemani Khalis, peminat nombor satu Menara Ophelia, merangkap encik suami. Bulan madu yang indah menjadi titik hitam dalam hubungan mereka.

Tawaran kembali bekerja ke Dubai untuk membangunkan Ophelia Mega City membuatkan Suhaila dalam persimpangan. Keluarga atau kerjaya? Kedua-duanya sama penting dalam hidupnya. Keizinan Khalis ditagih untuk dia mengejar impian kerjayanya.

Khalis dihantui peristiwa silam. Mengizinkan Suhaila pergi bermakna dia akan kehilangan isterinya.

“Ai takut kalau Aileen macam mama? Tinggalkan Ai dengan Syafi?” – Tengku Zabidi

Pilihan yang dia ada, tinggalkan segala-galanya di Malaysia dan ikut Suhaila pergi ke Dubai menjadi house husband. Sedangkan dia ada impian sendiri yang mahu direalisasikan. Berat untuk melepaskan Suhaila, tapi hatinya juga mahu Ophelia Mega City menjadi kenyataan.

Berjayakah Bibik Milenium membuat Tengku Kaz mengizinkan dia pulang ke Dubai?

Adakah Khalis akan setuju dan meninggalkan segala-galanya di Malaysia untuk mengikut Suhaila pulang semula ke Dubai?