Bella & Love, Unlikely

Availability: SKU: NMP 0005
TAJUK : BELLA & LOVE, UNLIKELY PENULIS : ACIK LANA & LYNN SAFIYA ISBN : 978-967-14487-5-5 HARGA : RM 35.00 BLURB: BELLA – ACIK LANA Bella - si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak [...]

RM35.00

Quantity:
Category: . Tag: .

Product Description

TAJUK : BELLA & LOVE, UNLIKELY
PENULIS : ACIK LANA & LYNN SAFIYA
ISBN : 978-967-14487-5-5
HARGA : RM 35.00

BLURB:

BELLA – ACIK LANA
Bella – si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati memang wujud.
Faid – si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa saja hartanya, tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, setiap kali itulah kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina?
Amalina – Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tak pernah sebulu. Hubungan yang berantakan semakin memuncak saat Bella ‘merampas’ sesuatu daripadanya. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa!
Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia?

LOVE, UNLIKELY – LYNN SAFIYA
Timah – Sempoi nama itu, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran ‘kecomelan’ tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi.
Firas – Tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.
Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapai-kapai sendiri. Namun sejauhmana kaki mampu berlari, sedangkan hati tidak mampu menjauhi. Timah kembali dijejaki setelah kebenaran menampar tepat ke pipi. Masih adakah ruang untuk Firas kembali bertapak dalam hati?

Category: .  Tag: .