MENGENAI KAMI

Sebuah perusahaan penerbitan di bawah kendalian syarikat perkongsian dijalankan sejak November 2012 namun hanya didaftarkan pada 25hb Mac 2013. Selaras dengan perkembangan syarikat, ia telah dinaik taraf dan kini dikenali sebagai Love Novel Publishing Sdn. Bhd. sejak 17 Mac 2017 dan beroperasi di sebuah premis lot kedai yang beralamat di Lot 02-AC, Menara B, (Tingkat 4), Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ditubuhkan bertujuan untuk menerbitkan karya-karya bermutu daripada penulis yang sedia ada mahupun bakal-bakal penulis baru yang berbakat dengan memberi peluang kepada mereka yang tidak tahu arah tuju bagi menerbitkan karya mereka.

Syarikat adalah diterajui oleh gabungan tiga (3) ahli lembaga pengarah iaitu Puan Alida binti Jusoh, Puan Hartini binti Rofi dan Puan Nor Azlina binti Hamdi bagi mendapatkan gabungan idea dan momentum tindakan yang lebih besar.

Dengan berbekalkan displin yang tinggi, komitmen dan semangat yang jitu, perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan ini ingin mewarnai dunia penulisan tanah air dengan menerbitkan karya-karya yang mempunyai idea-idea baru untuk memenuhi cita rasa pembaca.

Perancangan rapi syarikat adalah berterusan bagi terus melangkah ke hadapan dan kami percaya akan menjadi sebuah syarikat korporat yang besar. Fokus perniagaan kami tidak terhad kepada penerbitan novel sahaja, malah ingin mengeluarkan pelbagai buku yang boleh diterima pelbagai lapisan pembaca dan masyarakat, pengiklanan, dan sebagainya pada masa akan datang.